Friday 30 November 2012

Sebutan Abjad Melalui Nyanyian Dalam Bahasa Inggeris


Abjad boleh dipelajari dengan cepat oleh murid-murid prasekolah melalui nyanyian. Melalui nyanyian juga, dapat membantu murid-murid prasekolah untuk menyebut sebutan abjad dengan tepat dan betul. Mari kita dengar dan ikuti sebutan dan lagu melalui video di bawah ini.


Kemudian, mari kita menyebut pula bunyi dan sebutan abjad mengikut bunyi phonics dengan betul dan tepat seperti video di bawah. Mari menyebut bersama-sama.


Sambil menyebut dan menyanyi, guru juga boleh meminta murid-murid membuat gerakan tangan bagi meniru abjad yang disebut dengan mudah. Mari kita cuba murid-murid....


Senangkan....Guru-guru dapat membantu murid-murid prasekolah untuk menyebut abjad dengan cara yang mudah dan berkesan. Jika ada murid yang belum menguasai abjad ini, guru boleh mengulanginya lagi sehingga murid ini dapat menyebutnya dengan betul dan tepat.
Selamat Mencuba!


Pemakanan yang seimbang baik untuk badan yang sihat


Dewasa ini, banyak makanan yang telah mempengaruhi obesiti kanak-kanak di Malaysia. Justeru itu, kerajaan telah menjalankan kempen menjaga kesihatan dengan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang terutamanya kepada kanak-kanak. Mari kita ikuti penerangan dari Dr. Rozmey melalui video yang dipaparkan ini.


Oleh sebab itulah mengapa kita perlu mengambil makanan yang seimbang, berkhasiat dan baik untuk tubuh badan kita. Bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi untuk kita semua.....


JAGALAH KESIHATAN KERANA KESIHATAN ADALAH ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA....
Ingat, makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.


Monday 26 November 2012

Ibu Bapa Berketerampilan

            
gambar kartun muslim 3

        Mendidik anak pada zaman milenium tidak sama dengan mendidik anak pada zaman perang Jepun kerana suasana dan  budaya yang berbeza. Masyarakat turut berubah seiring dengan ledakan teknologi maklumat. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu bijak berhadapan dengan kemodenan dalam usaha mendidik anak-anak menjadi insan yang positif. Ibu bapa yang berketerampilan akan menyediakan diri mereka demi untuk mendidik anak-anak, terutamanya dalam arus globalisasi dunia masa kini yang begitu mencabar.

Langkah-langkah Membentuk Keterampilan Ibu Bapa

  1. Berilmu - Bagaimanakah menjadi ibu bapa yang berketerampilan? Carilah ilmu melalui pembacaan buku-buku ilmiah, menghadiri kursus keibubapaan, mendapatkan nasihat daripada orang yang lebih tua, mengikuti rancangan motivasi di televisyen, mendengar CD motivasi dan sebagainya. Kemahiran serta kaedah mendidik anak, cara memarahi anak, merangsang minda positif, berdoa untuk anak-anak dan sebagainya adalah penting.
  2. Jadi guru kepada anak-anak - Ibu bapa adalah role model kepada anak-anak. Amalan seharian hidup ibu bapa itulah yang pertama akan ditiru anak-anak. Semakin hari, anak-anak kian membesar. Justeru, ibu bapa perlu bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Ibu bapa yang berketerampilan mesti bersedia menurunkan ilmu kepada anak-anak. Tugas memberi ilmu tidak semestinya dipikul oleh guru-guru di sekolah. Ibu bapalah guru sebenar anak-anak. Ibu bapa mengajar pengajaran tidak formal di rumah. Masa yang ada di sekolah amat terhad. Guru-guru sudah berusaha gigih mengajar dan memberikan ilmu kepada anak-anak ketika di sekolah.
  3. Menjawab pertanyaan anak-anak - Ibu bapa sebagai guru yang memberi ilmu buat anak-anak. Melalui ilmu, ibu bapa sepatutnya menjawab soalan yang dikemukan oleh anak-anak dan menjadi tempat rujukan mereka. Ramai ibu bapa yang tidak prihatin terhadap perkara ini dan menganggapnya sebagai perkara remeh. Ini jelas apabila ada ibu bapa yang memarahi anak yang kerap bertanya itu dan ini. Ibu bapa perlu merangsang semangat ingin tahu anak-anak. Minda anak-anak ini akan berkembang kerana setiap kali persoalan muncul di benaknya, otak mereka semakin bersedia menerima lebih banyak ilmu.
  4. Beri penerangan dengan tepat - Jawapan ibu bapa perlu tepat apabila ditanya anak-anak supaya tidak menyimpang daripada maksud sebenar yang kadangkala boleh memberi kesan pada aqidah anak-anak. Oleh sebab itu, kebijaksanaan adalah perlu apabila berdepan dengan persoalan anak-anak. Sebetulnya, berilah penerangan sebenar yang cukup mudah untuk difahami oleh anak kita. Jangan anggap anak kita terlalu kecil untuk memahami semua itu kerana persoalan aqidah penting dan anak kita telah didedahkan kepada keesaan-Nya, seawal hari pertama mereka melihat dunia.
  5. Bijak bertindak - Ibu bapa yang berilmu semestinya berhikmah dalam segala tindakan dan bertindak dengan bijak. Jangan mudah melatah apabila berdepan dengan apa jua situasi yang kadangkala tidak diduga. Ibu bapa yang berketerampilan bukan hanya tahu menjerit dan memarahi anak-anak sebaliknya tenang dan bertindak dengan penuh bijaksana. Ini adalah beberapa kesan mengamalkan ilmu di dada.
Situasi 1: Memarahi anak
  • Jangan marah anak di hadapan orang lain
  • Jangan marah dengan menggunakan perkataan yang tidak elok seperti : "kamu ini pemalas betul" kerana kata-kata itu merupakan doa.
  • Beri hukuman yang sewajarnya yang boleh memberikan manfaat kepada anak seperti menyuruhnya mengelap air yang ditumpahkannya. Ini akan mengajarnya bertanggungjawab terhadap perbuatan salahnya.
  • Ibu bapa perlu memukul atau merotan anak jika tidak menunaikan solat apabila sampai umur 10 tahun tetapi tidak boleh memukul pada bahagian muka, telinga dan yang tidak sepatutnya.
Situasi 2: Menasihati dan menegur anak
  • Nasihati secara lembut dan penuh kasih sayang kerana nasihat yang disertakan kasih sayang akan menyentuh hati anak sedangkan kekerasan akan menjadikan anak bertambah degil. Namun kekerasan boleh digunakan dalam situasi tertentu (tidak kerap).
  • Beritahu anak bahawa anda sayang kepadanya, yakni kita menasihati mereka bukan sebab benci tetapi kerana sayang.
  • Pilih waktu yang sesuai untuk menegur anak seperti selepas solat, selepas membaca al-Quran, sebelum anak masuk tidur, semasa anak hampir lena ataupun selepas anak mandi.
  • Jangan menasihati atau mengajar anak "ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul". Nasihatilah sesuatu yang ibu bapa sendiri sudah lakukan.
Situasi 3: memberi arahan kepada anak
  • Beri arahan secara jelas, tepat dan dengan nada lembut supaya anak dapat memahami dan bertindak dengan betul
  • Hargai anak selepas melaksanakan arahan dengan memberi ganjaran seperti ciuman, dakapan dan ucapan terima kasih.
  • Elakkan memberi ganjaran berbentuk wang kerana ini akan melatih anak melakukan sesuatu kerana mengharapkan ganjaran kebendaan.
Situasi 4: Menyatakan larangan
  • Melarang anak dengan cara berhikmah
  • Menyatakan sebab larangan supaya anak tahu bahawa larangan itu bersebab
  • Beri alternatif kepada anak-anak apabila melarangnya daripada melakukan sesuatu
  • Ibu bapa mesti mematuhi larangan yang mereka gariskan kepada anak
Situasi 5: Memberi pujian
  • Iktiraf segala usaha anak walaupun tidak menunjukkan hasil yang cemerlang
  • Pujian boleh meningkatkan keyakinan diri anak dan mereka rasa dihargai
  • Pujian kepada perbuatan positif menggalakkan anak mengulangi perbuatan yang sama, sekaligus menjadi amalan hidup seharian
  • Elakkan memuji keterlaluan sehingga anak tidak tahu membezakan yang baik dan buruk
Situasi 6: Berkomunikasi dengan anak
  • Dengar pandangan anak-anak kerana ada kalanya pandangan mereka bernas
  • Sentuhan (pelukan, pegang tangan anak) juga penting semasa proses komunikasi
  • Berkomunikasilah seperti seorang kawan supaya anak berasa selesa berkomunikasi terutamanya apabila mereka meningkat remaja
  • Dengarlah setiap celoteh mereka dengan penuh minat. Dengan ini ibu bapa akan menjadi tempat meluahkan apa-apa sahaja. Anak tidak perlu mencari kawan untuk berkongsi perasaan atau perkara peribadi.
kartun_berdoa-ibu-anak[2]

Wednesday 21 November 2012

Jadilah seorang guru yang cemerlang

       Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangikan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberikan kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.

         Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahankan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.



    Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

       Sehubungan dengan kehendak tersebut, guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran.

   Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui 'online'. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju.

     Ilmu dan kemahiran dalm teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.

         Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalm kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Justeru itu, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.
        

Friday 16 November 2012

Kursus Amalan Menyeronokkan Prasekolah di Klebang, Melaka






Kumpulan 1 yang sweet-sweet sedang berposing.





Suasana berkursus di tepi pantai




Salah satu biskut yang telah dipelbagaikan cara persembahannya. "Menara Biskutku". yum..yum...yum...




Biskut yang siap dipersembahkan oleh setiap ahli kumpulan. Macam-macam 'Design'.


Sebahagian peserta kursus menunjukkan persembahan biskut masing-masing





Mencipta sajak mengenai pantai dengan kreatif




Contoh ABM yang dihasilkan




Sempat berposing sebelum pembentangan kumpulan.





Makan malam yang best 'steamboat' bersama rakan kursus.

Lawatan Prasekolah Ke PetroSains, KLCC






Suasana di dalam bas sebelum bertolak ke Kuala Lumpur





Wow....main apa tu...murid-murid??




Dinasour...?? Betul....Ada di Petrosains




Murid prasekolah bergambar bersama ibu yang turut serta dalam lawatan ini




Murid prasekolah mula berpaut dijaring untuk turun ke bawah pelantar minyak




Vroom...vroom...jom naik kereta lumba ni...