RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PRASEKOLAH
Tarikh : 05 November 2012
Hari : Isnin
Masa :
09.00-09.30 pagi (30 minit)
Kelas :
Prasekolah Bestari B
Bilangan
murid : 25 Orang
Mata
Pelajaran : Tunjang Sains dan Teknologi
Tema :
Anggota Badan
Subtema : Bahagian anggota kiri dan kanan
Cadangan
Masa
|
30 minit
|
Tunjang
Utama
|
Sains dan Teknologi
|
Standard
Pembelajaran Utama
|
(ST 11.1.2) Mengenalpasti anggota
badan kiri dan kanan.
|
Standard
Pembelajaran Lain Yang Disepadukan
|
(KTI 2.1.10) Menyanyi dengan sebutan
yang jelas.
|
Objektif
Pembelajaran
|
Pada akhir pengajaran murid dapat :
a) Mengenalpasti
anggota badan yang berada di sebelah kiri dan kanan.
|
Konsep
Utama
|
Anggota badan
|
Kosa
kata
|
Kiri, kanan, mata, tangan, telinga,
kaki, bahu, mulut
|
Alatan
dan bahan
|
Carta bergambar anggota badan, bahan
maujud (model murid lelaki dan murid perempuan).
|
LANGKAH PENGAJARAN
Pendahuluan
1.
Murid berkumpul di kawasan
perbualan pagi.
2.
Guru ucap selamat dan
membaca doa.
3.
Guru dan murid menyanyikan
lagu
“Bangun Pagi” bersama-sama.
4.
Guru dan murid juga
menyanyikan lagu “Angkat tangan kanan / kiri”
Angkat
tangan kanan goyang, goyang, goyang
Turun
tangan kanan duduk diam-diam.
Angkat
tangan kiri goyang, goyang, goyang
Turun
tangan kiri duduk diam-diam dan seterusnya
(Melodi
lagu ‘Air Pasang Pagi’)
Perkembangan
1. Guru
menunjukkan carta bergambar anggota badan di papan putih.
2. Guru
memperkenalkan anggota badan ‘kiri’ dan ‘kanan’ dengan mengaitkan tangan / kaki
/ mata / telinga / bahu / kaki kanan dan kaki kiri.
3. Guru
memanggil beberapa orang murid lelaki dan perempuan sebagai model untuk
memperkenalkan bahagian anggota badan kiri dan kanan.
4. Kemudian,
bermain permainan ‘siapa cepat’ – “Angkat tangan kanan/kiri, pegang telinga
kiri/kanan, tutup mata kanan/kiri”.
5. Guru
memberikan ganjaran kepada murid yang berjaya mendengar arahan guru dengan
mengangkat anggota badan kanan dan kiri dengan tepat.
6. Guru
memberikan lembaran kerja dan murid membuat tugasan mewarnakan gambar yang
diberi.
Penutup
1. Guru
meminta murid menyebut semula anggota badan kiri dan kanan dengan menunjukkan
hasil kerja beberapa orang murid.
2. Guru
memberikan pelekat bintang sebagai ganjaran untuk hasil kerja murid yang kemas
dan menarik.
3. Guru
dan murid menyanyikan lagu “Angkat tangan kanan / kiri” sekali
lagi.
“Angkat
tangan kanan / kiri”
Angkat
tangan kanan goyang, goyang, goyang
Turun
tangan kanan duduk diam-diam.
Angkat
tangan kiri goyang, goyang, goyang
Turun
tangan kiri duduk diam-diam dan seterusnya
(Melodi
lagu ‘Air Pasang Pagi’)
Pentaksiran
1. Murid
boleh mengenal dan menyebut anggota badan kiri dan kanan dengan betul dan
tepat.
Lampiran
lembaran kerja
PRASEKOLAH BESTARI B – SK
PARIT BAKAR TENGAH
Nama
:……………………………………
Tarikh :……………………….
Arahan
: Warnakan bahagian anggota badan saya.
KIRI
– warna MERAH dan KANAN – warna BIR
U

No comments:
Post a Comment