< My teachers, friends and pupils >
Thursday, 27 December 2012
Tuesday, 25 December 2012
Nilai-nilai Murni untuk murid Prasekolah
Nilai-nilai murni perlu diterapkan kepada murid-murid Prasekolah dari awal lagi. Melalui bimbingan dari guru, murid-murid dapat mengetahui dan mengikutinya dengan baik. Contohnya seperti ucapan berterima kasih, kerjasama, kasih sayang, baik hati dan tolenransi.
Rakan-rakan guru juga boleh mempamerkan amalan nilai murni ini di dalam kelas atau di sudut-sudut yang bersesuaian. Ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran guru di bilik darjah.
< Selamat Mengajar >
Monday, 17 December 2012
Kad Ayat Mudah
Mari kita eja dan baca kad ayat mudah di bawah bersama-sama.
Baca jangan sampai tertidur macam kucing ini ye...
< Selamat Membaca! >
Thursday, 13 December 2012
Pelajari Kesihatan dan Kebersihan Diri
Gambar ini boleh digunakan sebagai kad untuk dipamerkan kepada murid-murid prasekolah tentang mempelajari kesihatan dan kebersihan diri. Mari kita lihat gambar di bawah ini. Semoga dapat membantu para guru untuk memudahkan murid-murid mempelajarinya.
< Selamat Belajar >
Wednesday, 12 December 2012
Ajar Anak Anda Membaca
Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan! Kaedah suku kata? Tidak juga! Gunakan kaedah Fonetik.
Mengapa? Kaedah Fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.
Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.
- JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya 'ei' untuk huruf 'a', 'bi' untuk huruf 'b' dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.
- JANGAN ajar anak mengeja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatangkan pola-pola ejaan.
- JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut 'ei' (huruf 'a') bunyinya 'a' kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
- JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
- JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.
Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut Kaedah Fonetik? Membaca mengikut Kaedah Fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik
- anak-anak perlu tahu bunyi huruf - iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan
- anak-anak perlu kenal huruf - iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
- anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan
Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi 'aa' apabila melihat huruf 'a' (nama huruf 'ei') dan bunyi 'ii' apabila melihat huruf 'e'. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf 'ani', dia akan menyebut bunyi 'aa' 'nn' 'ii' (iaitu bunyi ani) bukannya 'ei' 'en' 'ai' (bunyi enai)
Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi Kaedah Asosiasi adalah yang terbaik. Melalui Kaedah Asosiasi, bunyi 'aa' tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit 'aaaaaaaaaa panasnya!' Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Rujuklah buku panduan siri cepat membaca "Bacalah Anakku".
Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca "Bacalah Anakku", ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan, contohnya 'b' dan 'a' 'i' dan 'u' untuk membaca 'ba' 'bi' dan 'bu'. Melalui Kaedah Fonetik, anak-anak tidak akan mengeja 'ba' menjadi "ba"; tidak juga menghafal suku kata 'ba'; tetapi mereka membaca dengan menggabungkan bunyi 'beh' (bagi huruf 'b') dan 'aa' (bagi huruf 'a').
< Selamat mencuba kaedah ini >
Monday, 10 December 2012
Kad Abjad Huruf Kecil dan Huruf Besar
Kad abjad ini boleh digunakan sebagai kad imbasan untuk murid-murid yang sukar mengenal huruf kecil dan huruf besar dengan tepat.
< Selamat Mencuba >
Suku Kata KVK (Akhiran am, im dan um)
Suku Kata KVK (Akhiran ak, ik dan uk)
Suku Kata KVK (Akhiran am)
< Mari mengeja bersama-sama >
Subscribe to:
Posts (Atom)