Monday 10 December 2012

Kenali Mercu Tanda Kebanggaan Kita



   
Menara Berkembar Petronas sebahagian daripada Pusat Bandaraya Kuala Lumpur setinggi 452 meter boleh kelihatan lebih daripada 20km dari luar Pusat Bandaraya. Mempunyai 88 tingkat  dan telah disahkan sebagai bangunan yang tertinggi di seluruh dunia oleh Lembaga Bangunan-bangunan Tinggi Dan Habitat Bandar. Reka bentuk bangunan ini direka oleh seorang arkitek ternama iaitu Ceaser Pelli dan beliau telah terpilih di dalam pertandingan antarabangsa pada tahun 1991. Reka bentuk lantai berdasarkan prinsip-prinsip geometric Islam. Reka bentuk dalaman, corak-corak serta bahan-bahan telah dipilih khas untuk mencerminkan identiti Malaysia.
Tembok utama ruang legar terbentuk daripada kayu lembut. Corak lantai batu marmar diilhamkan daripada tenunan daun pandan dan corak tikar dinding palma bertam. Sebuah jambatan langit yang berukuran 58.4 meter di atas aras 41 dan 42 mencantumkan menara tersebut pada paras 170 meter dari bawah. Bangunan tersebut ialah tugu nasional yang agung dan lambang kemajuan Malaysia dalam mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. 

  

Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi yang keempat tertinggi di dunia. Menara 4.21 meter tertinggi  ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada tahun 1995. Di menara ini terdapat kedai cenderamata, pawagam, restoran dan pusat penerangan.
Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara  ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyedikan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Prancis dan tempatan. Hiasan dalamannya dipengaruhi oleh seni ukir Islam.

 

Bangunan Parlimen ini telah dirasmikan pada  2 November 1963. Bangunan ini mempunyai 18 tingkat dan digunakan oleh ahli-ahli parlimen yang telah terpilih untuk membincangkan  perkara-perkara yang berkaitan dengan politik negara. Terletak di kawasan  Taman Tasik Perdana. Di dalam bangunan Parlimen terdapat Dewan Perwakilan, Dewan Senat, Dewan Majlis, Perpustakaan, pejabat dan bilik-bilik mesyuarat.


Bangunan  Sultan Abdul Samad  bina bercirikan  seni bina Moor direka bentuk oleh arkitek British, Anthony C.Norman. Bangunan dua tingkat ini di dirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah  57 meter. Dibawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim-hakim dan pegawai –pegawai mahkamah. Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam  setinggi 40 meter.
Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan belanja  sebanyak  RM 17.2 juta ringgit. Di sini tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Wilayah Persekutuan dikibarkan. Tanda ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka. Nama  bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu. Ia dirasmikan pada tahun 1896. 


Muzium negara merupakan  salah sebuah bangunan  yang unik dinegara kita. Ia mempunyai bumbung yang bercorak  Minangkabau. Di bahagian hadapan bangunan ini terdapat hiasan mozek yang besar. Di dalam  muzium ini terdapat banyak galeri yang mempamerkan cara kehidupan orang-orang di Malysia, misalnya, orang Melayu bangsawan, kebudayaan Cina dan India, barang-barangseni, tembikar, kegiatan ekonomi, flora dan fauna di Malaysia dan sebagainya.



No comments:

Post a Comment