Thursday 6 December 2012

Memperoleh Kerja Yang Berkat

Kita sering mendengar orang memperkatakan: 
"Sumber pendapatan yang berkat melahirkan anak-anak yang soleh."
"Ilmu yang berkat mudah diingat dan diamalkan."
"Pekerjaan yang berkat memberi rezeki yang halal."

Apakah Maksud "Pekerjaan yang Berkat"?

   Berkat berasal daripada perkataan Arab "ba-ra-ka" yang bermakna "rahmat atau restu". Kerja yang berkat ialah kerja yang mendapat restu dan rahmat Allah s.w.t. Kerja yang tidak berkat, walaupun berjaya, baik dan cemerlang, namun tidak ada nilai di sisi Allah s.w.t.

Pekerjaan yang berkat dapat dikenali melalui petanda berikut:

  • Dapat bekerja dalam situasi dan persekitaran mengikut syariat.
  • Terhindar daripada kelalaian, pembaziran, dosa dan maksiat.
  • Timbul rasa tenang dalam diri.
  • Sentiasa dapat memberi manfaat kepada orang lain.
  • Pendapatan sederhana tetapi mencukupi untuk perbelanjaan.
  • Allah sentiasa memberi perlindungan dalam segala keadaan.
  • Keberadaan diri kita sentiasa disenangi orang ramai.

Apa bentuk keberkatan yang Allah beri?

   Dengan segala sifat Pemurah lagi Penyayang, Allah s.w.t. sentiasa mencucuri rahmat atas hamba-hamba yang taat kepada-Nya. Pelbagai bentuk kemudahan dan anugerah yang didatangkan Allah s.w.t. kepada kita tanpa kita sedar atau pinta:
  • Usia panjang yang dapat dimanfaatkan.
  • Kesihatan dan Kecerdasan mental.
  • Kesihatan fizikal dan terhindar daripada sebarang penyakit.
  • Ketenteraman dan ketenangan jiwa.
  • Anak dan keluarga yang cemerlang.
  • Diberi ilmu yang dapat diamalkan dan dimanfaatkan.
  • Diberi rezeki yang melimpah ruah.
   Terdapat banyak cara untuk menjadikan pekerjaan yang kita lakukan itu berkat, antaranya:
  • Yakin rezeki datang daripada Allah
  • Rezeki diusahakan, bukan berserah sahaja
  • Kerja yang halal.
  • Natijah atau hasil kerja
  • Agar rezeki bertambah berkat
  • Bekerja keras
  • Mengeluarkan zakat
  • Jauhi sifat tamak
  • Hindari rasuah
  • Banyakkan bersedekah
  • Lakukan kerja dengan cemerlang
  • Syukur dengan rezeki
  • Berdoa
  • Mempertingkatkan takwa
Bagaimana menjadikan kerja satu ibadah?

   Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulum al-Din, setiap tindak-tanduk seharian kita boleh menjadi ibadah jika menepati lima syarat:
  1. Niat mesti betul. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Segala amal yang dilakukan bergantung kepada niat, dan sesuatu amalan itu diterima Allah berdasarkan apa yang diniatkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  2. Pelaksanaan mesti mengikut syariat.
  3. Natijah atau hasil kerja itu digunakan pada jalan yang betul.
  4. Pekerjaan itu sah di sisi syariat.
  5. Tidak meninggalkan perkara asas yang lebih penting seperti solat wajib dan taat kepada ibu bapa.
Kesimpulan

   Dalam melaksanakan kerja yang berkat dalam kerjaya dan urusan seharian akan membentuk keluarga yang sihat, masyarakat yang harmoni dan negara yang terletak bawah keampunan Alah s.w.t.
   Sementara kerja yang tidak berkat akan membawa bencana, ibarat barah dalam daging kerana akan berlakunya kekalutan di tengah-tengah struktur masyarakat yang sering mengetepikan atau melanggar hukum Allah s.w.t.


< Marilah kita semua muhasabah diri terhadap bidang tugas kita sebagai seorang guru di dalam membentuk dan membina generasi yang seimbang dalam arus globalisasi ini >.





 


FIKIR-FIKIRKAN, DI MANAKAH SITUASI YANG KITA INGINKAN SEBENARNYA? 
JAWAPANNYA HANYA ADA PADA KITA!!!



3 comments: