Tuesday 4 December 2012

Tip & Petua


EPAL
Setiap kali memotong buah epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah warna dan kekal segar, rendamlah buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.


PISANG
Tahukah anda bahawa pisang bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga berupaya membantu mengurangkan dan mencegah kedutan pada wajah. Caranya, kisarkan sebiji pisang sehingga menjadi seperti puri atau krim. Kemudian, sapu rata pada muka dan leher. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Akhir sekali bilas dengan air suam dan sekali dengan air biasa. Elok dilakukan seminggu sekali.  

  

TOMATO
Untuk merangupkan tomato yang telah terlalu ranum dan sedikit lembik, rendamkan di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Hasilnya, tomato akan kembali segar.


CENDAWAN
Cendawan agak sukar dibersihkan. Tetapi, jika pandai, tentu tidak ada masalah. Cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan mengelapnya menggunakan kain lembap bagi membuang kotoran pada permukaannya. Kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersorok dapat dibuang.


BROKOLI
Tahukah anda bahawa brokoli yang sudah kuning masih boleh digunakan. Caranya ialah dengan memasukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang diisi penuh dengan air sejuk. Biarkan selama 1 jam. Brokoli akan kembali hijau dan sedia untuk dimasak.




UDANG SENTIASA SEGAR
Sekiranya anda inginkan udang yang dibeli tidak busuk dan kelihatan segar, perahkanlah jus limau nipis ke atas udang semasa hendak menyimpannya di dalam peti sejuk. Cara ini boleh menyegarkan udang dan tahan lama.


JAUHKAN CICAK
Jika anda ingin mengelakkan cicak masuk ke ruang dapur anda, cubalah petua ini. Ambil beberapa biji telur dan kemudian bersihkan kulitnya. Letakkan di tempat yang sesuai. Bau kulit telur dipercayai boleh menjauhkan cicak.


TEMBIKAI TAHAN LAMA
Tembikai mudah layu dan busuk kalau disimpan lama. Jadi, untuk mengelakkannya cepat busuk, sapu kapur makan pada pangkal tembikai. Dengan cara ini, tembikai akan tahan lama dan tidak mudah busuk.



RANGGUPKAN KENTANG
Jika anda inginkan kentang yang digoreng sedap dan ranggup, amalkan cara ini. Mula-mula buang kulitnya, dibasuh dan dipotong. Kemudian, gaul rata kentang tersebut dengan garam secukupnya. Selepas itu, masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan selama 1 hingga 2 jam hingga kentang kering. Akhir sekali, gorenglah kentang menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana.


                     

HILANGKAN BAU PETI SEJUK
Peti sejuk mudah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan jika tidak dijaga dengan baik. Untuk mengatasi masalah ini, masukkan dua atau tiga keping roti ke dalam peti sejuk. Biarkan selama beberapa hari. Selepas itu, gantikan dengan roti yang baru. Dengan cara ini, bau kurang menyenangkan dalam peti sejuk anda dapat dikurangkan.



Mari kita cuba tips dan petua ini bersama-sama....

3 comments:

  1. Bagus petua-petua yang diberikan..insyallah, boleh dicuba dan diamalkan..terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Tahniah berjaya membina blog yang menarik...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas segala komen rakan-rakan guru mengenai blog saya ini. Saya akan lebih berusaha untuk menambaikannya.

    ReplyDelete