Thursday 15 November 2012


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH


Tarikh                         : 05 November 2012
Hari                             : Isnin
Masa                           : 09.00-09.30 pagi (30 minit)
Kelas                          : Prasekolah Bestari B
Bilangan murid         : 25 Orang
Mata Pelajaran          : Tunjang Sains dan Teknologi
Tema                          : Anggota Badan
Subtema                     : Bahagian anggota kiri dan kanan

Cadangan Masa
30 minit
Tunjang Utama
Sains dan Teknologi
Standard Pembelajaran Utama
(ST 11.1.2) Mengenalpasti anggota badan kiri dan kanan.
Standard Pembelajaran Lain Yang Disepadukan
(KTI 2.1.10) Menyanyi dengan sebutan yang jelas.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran murid dapat :
a)    Mengenalpasti anggota badan yang berada di sebelah kiri dan kanan.
Konsep Utama
Anggota badan
Kosa kata
Kiri, kanan, mata, tangan, telinga, kaki, bahu, mulut
Alatan dan  bahan
Carta bergambar anggota badan, bahan maujud (model murid lelaki dan murid perempuan).

LANGKAH PENGAJARAN

Pendahuluan

1.    Murid berkumpul di kawasan perbualan pagi.
2.    Guru ucap selamat dan membaca doa.
3.    Guru dan murid menyanyikan lagu “Bangun Pagi” bersama-sama.
4.    Guru dan murid juga menyanyikan lagu “Angkat tangan kanan / kiri”
Angkat tangan kanan / kiri”

Angkat tangan kanan goyang, goyang, goyang
Turun tangan kanan duduk diam-diam.
Angkat tangan kiri goyang, goyang, goyang
Turun tangan kiri duduk diam-diam dan seterusnya
(Melodi lagu ‘Air Pasang Pagi’)

Perkembangan
1.    Guru menunjukkan carta bergambar anggota badan di papan putih.
2.    Guru memperkenalkan anggota badan ‘kiri’ dan ‘kanan’ dengan mengaitkan tangan / kaki / mata / telinga / bahu / kaki kanan dan kaki kiri.
3.    Guru memanggil beberapa orang murid lelaki dan perempuan sebagai model untuk memperkenalkan bahagian anggota badan kiri dan kanan.
4.    Kemudian, bermain permainan ‘siapa cepat’ – “Angkat tangan kanan/kiri, pegang telinga kiri/kanan, tutup mata kanan/kiri”.
5.    Guru memberikan ganjaran kepada murid yang berjaya mendengar arahan guru dengan mengangkat anggota badan kanan dan kiri dengan tepat.
6.    Guru memberikan lembaran kerja dan murid membuat tugasan mewarnakan gambar yang diberi.

Penutup
1.    Guru meminta murid menyebut semula anggota badan kiri dan kanan dengan menunjukkan hasil kerja beberapa orang murid.
2.    Guru memberikan pelekat bintang sebagai ganjaran untuk hasil kerja murid yang kemas dan menarik.
3.    Guru dan murid menyanyikan lagu “Angkat tangan kanan / kiri” sekali lagi.
“Angkat tangan kanan / kiri”
Angkat tangan kanan goyang, goyang, goyang
Turun tangan kanan duduk diam-diam.
Angkat tangan kiri goyang, goyang, goyang
Turun tangan kiri duduk diam-diam dan seterusnya
(Melodi lagu ‘Air Pasang Pagi’)

Pentaksiran
1.    Murid boleh mengenal dan menyebut anggota badan kiri dan kanan dengan betul dan tepat.
Lampiran lembaran kerja

PRASEKOLAH BESTARI B – SK PARIT BAKAR TENGAH

Nama :……………………………………                                       
Tarikh :……………………….

Arahan : Warnakan bahagian anggota badan saya.
KIRI – warna MERAH dan KANAN – warna BIRU







No comments:

Post a Comment